Yevgeny Petrosyan
Yevgeny Petrosyan

Yevgeny Petrosyan

Yevgeny Vaganovich Petrosyan (Bahasa Rusia: Евге́ний Вага́нович Петрося́н, Bahasa Armenia: Եվգենի Վահանի Պետրոսյան (Պետրոսյանց); lahir 16 September 1945) ialah seorang pelawak Kesatuan Soviet/Rusia berketurunan Armenia dan Yahudi.[1][2][3][4] Pada tahun 2005 beliau dinamakan antara tokoh paling berpengaruh di Rusia zaman kontemporari, dalam tinjauan yang dijalankan oleh agensi pengundian bebas The Levada Centre.[5] Seorang pelawak popular sejak zaman Kesatuan Soviet,[6] Petrosyan ialah hos rancangan rancangan TV Krivoye zerkalo.[7] Pada Januari 2023, Ukraine mengenakan sekatan ke atas Yevgeny kerana sokongannya terhadap pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022.[8][9]